Prasarana/Kemudahan

1.DEWAN KULIAH

Institut Koreksional Malaysia memiliki 3 buah Dewan Kuliah iaitu Dewan Kuliah Tunku Abdul Rahman, Dewan Kuliah Tun Abdul Razak dan Dewan Kuliah Tun Hussein Onn yang boleh menampung seramai 200 orang peserta kursus. Dewan Kuliah Tunku Abdul Rahman boleh memuatkan seramai 100 orang peserta kursus dan boleh dijadikan dewan persidangan, mesyuarat ataupun seminar. Dewan Kuliah Tun Abdul Razak dan Dewan Kuliah Tun Hussein Onn pula boleh dibuka untuk dijadikan dewan besar yang boleh memuatkan seramai 200 orang peserta kursus pada satu-satu masa.

Semua Dewan Kuliah ini dilengkapi dengan penghawa dingin, alat siaraya, alat bantuan mengajar seperti paparan skrin, LCD projektor dan komputer riba bagi memberi keselesaan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran semasa kursus dijalankan. 

 

DEWAN KULIAH TUNKU ABDUL RAHMAN

   
   

 

2. MAKMAL KOMPUTER

Bagi melahirkan kakitangan yang celik IT, Institut Koreksional Malaysia di lengkapi dengan sebuah Makmal Komputer yang mempunya 31 buah komputer. Makmal ini dilengkapi  dengan peralatan yang lengkap bagi membolehkan peserta kursus melayari internet, membuat tugasan kursus dan pelbagai kursus Teknologi Maklumat boleh dilaksanakan.

 

 

 3.SURAU

Sebuah Surau terdapat di dalam kawasan Institut Koreksional Malaysia bagi memberi kemudahan kepada kakitangan dan Peserta Kursus yang beragama Islam menunaikan ibadah Solat. Keadaan Surau yang selesa membolehkan pelbagai aktiviti kerohanian di laksanakan seperti ceramah agama, Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin dan lain-lain aktiviti kerohanian.

 

 
 

 

4.GIMNASIUM

Institut Koreksional Malaysia memiliki sebuah gimnasium untuk kegunaan kakitangan dan juga peserta kursus. Dibuka pada setiap hari dan para pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan ini pada setiap masa dari jam 09.00 pagi sehingga 06.30 petang.

 

 

5. GELANGGANG PERMAINAN

Di dalam kawasan Institut Koreksional Malaysia terdapat beberapa gelanggang permainan seperti gelanggang Petanque, Gelanggang Sepak Takraw, Gelanggang Bola Tampar dan sebagainya. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh kakitangan dan peserta kursus sepanjang berada di Institusi Latihan ini.

 

 
Gelanggang Petanque
 
Gelanggang Bola Tampar
 
Gelanggang Sepak Takraw

Tempat Beriadah
 
Astaka Tepi Laut

Kawasan Lapang Belakang Pejabat Pentadbiran

 

6. PENGINAPAN (ASRAMA)

Terdapat 4 Blok penginapan iaitu Blok Jebat, Blok Teja, Blok Lekir dan Blok Kasturi yang boleh menampung seramai 200 orang pada satu – satu masa. Penginapan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas bagi kegunaan peserta – peserta yang hadir berkursus di sini.

 

 

7. PERPUSTAKAAN

Di dalam kawasan asrama terdapat sebuah Perpustakaan bagi kegunaan kakitangan dan peserta – peserta kursus. Buku – buku yang terdapat di dalam perpustakaan boleh dijadikan rujukan bagi menyelesaikan tugasan – tugasan yang diberi. Perpustakaan ini dibuka sekiranya terdapat permintaan dari peserta – peserta kursus.

 

 

8. DEWAN MAKAN

Dewan Makan ini boleh menampung seramai 100 orang peserta.

 

 

 

9. BILIK MESYUARAT

 

Hak Cipta Terpelihara. © 2018 Institut Koreksional Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia. PENAFIAN : Institut Koreksional Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.