Pengauditan Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Institusi Penjara Negeri Melaka Pada 12-13 Februari 2017

Pada 12 – 13 Februari 2018, Panel Pengauditan Pensijilan EKSA telah hadir untuk melaksanakan Audit EKSA di Institusi Penjara Negeri Melaka. Antara Institusi yang terlibat ialah Sekolah Henry Gurney Melaka, Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Institut Koreksional Malaysia. Sesi Pembukaan Pengauditan EKSA Institusi Penjara Negeri Melaka telah dibuat di Sekolah Henry Gurney Melaka. Panel Audit telah hadir untuk membuat Audit EKSA di Institut Koreksional Malaysia pada 13 Februari 2018. Panel Audit EKSA yang hadir ialah Puan Zuasma Binti Yahaya dan Encik Zulkifly Bin Abdul Malek dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Panel Audit telah dibawa melawat sekitar kawasan IKoM bagi menilai pelaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan oleh IKoM.

 

 
 
   

 

Hits: 4243

Hak Cipta Terpelihara. © 2018 Institut Koreksional Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia. PENAFIAN : Institut Koreksional Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.