Kursus Pembangunan Kerjaya Sarjan Mejar, Sub Inspektor & Ketua Sub Inspektor Bagi Zon Tengah & Selatan
Pada 05 hingga 09 Mac 2018, Kursus Pembangunan Kerjaya Sarjan Mejar, Sub Inspektor & Ketua Sub Inspektor Bagi Zon Tengah & Selatan telah dilaksanakan di Institut Koreksional Malaysia (IKoM). Seramai 31 orang peserta dari seluruh Institusi Penjara Zon Tengah dan Selatan telah hadir mengikuti kursus tersebut. Kursus ini bertujuan memberi penerangan yang jelas berkaitan tugas dan tanggungjawab agar dapat memperkasakan kembali peranan pegawai terbabit di institusi kelak . Majlis Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh YBrs. KP Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka.
Hits: 4210