Sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Institut Koreksional Malaysia

Pada 11 Oktober 2018, seramai 24 orang kakitangan IKoM telah hadir bagi menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Institut Koreksional Malaysia. Program telah bermula pada jam 08.15 pagi dengan semua kakitangan melakukan aktiviti regangan selama 15 minit  yang diketuai oleh PKP Zalina Binti Mohd Yunus, Komandan IKoM dan KIP Mohd Anuar Bin Atan.

Seterusnya, kakitangan IKoM telah menyahut saranan program Hari Sukan Negara oleh Majlis Sukan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Jom Jalan Sihat dan melaksanakan aktiviti sukan. Kakitangan IKoM telah berjalan sejauh 5 KM bermula dari IKoM ke Pentas Budaya Pantai Puteri dan berpatah balik ke IKoM.

Semasa di Pentas Budaya Pantai Puteri, kakitangan IKoM telah menyertai aktiviti Senamrobik yang dianjurkan oleh Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Melaka Tengah bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Sekembalinya ke IKoM aktiviti sukan diteruskan dengan permainan Petanque dan Sepak Raga Ratus. Program Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Institut Koreksional Malaysia selesai pada jam 12.00 tengahari.

   
 
   
   
   

 

Hits: 3970

Hak Cipta Terpelihara. © 2018 Institut Koreksional Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia. PENAFIAN : Institut Koreksional Malaysia TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Paparan terbaik pada Internet Explorer (9/10/11), Google Chrome, Mozilla Firefox 3 dan dengan resolusi minima 1366x768.