Kursus Sistem e-Filing Mahkamah
Pada 23 Oktober 2018 (Siri 1) dan 24 Oktober 2018 (Siri 2) , Kursus e-Filing Mahkamah telah dilaksanakan di Institut Koreksional Malaysia (IKoM). Seramai 34 orang peserta (Siri 1) dan 26 orang peserta (Siri 2) dari seluruh Institusi Penjara Malaysia telah hadir mengikuti kursus tersebut. Ceramah bagi bengkel ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Faizal Bin Ismail dan En. Nasrul Hadi Bin Abdul Ghani dari Pejabat Pendaftar Mahkamah, Bahagian Kehakiman Putrajaya.
Hits: 4419